PENGALAMAN TEMUDUGA KASTAM WK19

Fizikal & Temuduga

Thursday

KEPUTUSAN & LAPOR DIRI KASTAM

Assalamualaikum w.b.t

Yeah lama tak berstory morry gitchew , pada beberapa cerita yang lepas saya share pasal ujian fizikal dan tips temuduga jadi saya nak up tarikh keputusan keluar dan lapor diri saya . Pada 30/12/2019 saya dapat email dari pihak SPA dan keputusannya adalah


Alhamdulilah !!! Ya Allah masa tu perasaan saya hanya tuhan saja yang tahu , sujud syukur yelah siapa tak happy dapat  jadi penjawat awam betul ? penantian 8 tahun akhirnya tercapai denga usaha , doa dan tawakal . Doa ibu juga penting , Kemudian tarikh lapor diri adalah 16/3/2020 di Menara Kastam , Larkin Johor Bahru . Saya cerita sikit lah sepanjang orentasi tu okay . Sebelum tu refer surat tawaran dulu dari pihak JKDM .




Tepat waktu dalam 5:35AM macam tu saya keluar rumah untuk elak jammed dan elak benda yang saya taknak berlaku , sesudahnya sampai dalam 6:10AM macam tu jadi apabila dah sampai awal saya pun singgah mana mana kedai yang buka awal pagi untuk breakfast dulu then jam sudah menunjukkan 7:40AM baru lah naik aras 2 untuk pendaftaran nama . Apabila settle semua nya barulah sesi kenal kenal dan semak dokumen semuanya . EVERYTHING IS FINE AND I FEEL SO BLESSED , ALHAMDULILAH . Tetapi orentasi ini hanya dijalankan selama 2 hari sahaja kerana Malaysia dilanda wabak covid19 so kena lah kuarantin sehingga 30/3 asalnya tetapi bila dah jangkitan meningkat dari hari kehari PM kita Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan sekali lagi PKP tambah lagi sehingga 14/4 tak lama lagi 24/4 puasa sudah tapi itulah kita semua diduga saya harap Malaysia akan kembali seperti sediakala Amin . Jadi kisahnya orentasi pun ditangguhkan dan sudah habis pun 2/4/ haritu so kita tunggu lah next apa akan jadi . Doa yang baik baik ya , saya doakan juga apa yang korang impikan jadi kenyataan jangan berputus asa taat pada ibu dan ayah , solat jangan penah tinggal dan berbuat baik lah pada sesiapa pun . Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua ya , InsyaAllah jika ada cerita best saya up lagi .

Assalamualaikum