Thursday

KEPUTUSAN & LAPOR DIRI KASTAM

Assalamualaikum w.b.t

Yeah lama tak berstory morry gitchew , pada beberapa cerita yang lepas saya share pasal ujian fizikal dan tips temuduga jadi saya nak up tarikh keputusan keluar dan lapor diri saya . Pada 30/12/2019 saya dapat email dari pihak SPA dan keputusannya adalah


Alhamdulilah !!! Ya Allah masa tu perasaan saya hanya tuhan saja yang tahu , sujud syukur yelah siapa tak happy dapat  jadi penjawat awam betul ? penantian 8 tahun akhirnya tercapai denga usaha , doa dan tawakal . Doa ibu juga penting , Kemudian tarikh lapor diri adalah 16/3/2020 di Menara Kastam , Larkin Johor Bahru . Saya cerita sikit lah sepanjang orentasi tu okay . Sebelum tu refer surat tawaran dulu dari pihak JKDM .




Tepat waktu dalam 5:35AM macam tu saya keluar rumah untuk elak jammed dan elak benda yang saya taknak berlaku , sesudahnya sampai dalam 6:10AM macam tu jadi apabila dah sampai awal saya pun singgah mana mana kedai yang buka awal pagi untuk breakfast dulu then jam sudah menunjukkan 7:40AM baru lah naik aras 2 untuk pendaftaran nama . Apabila settle semua nya barulah sesi kenal kenal dan semak dokumen semuanya . EVERYTHING IS FINE AND I FEEL SO BLESSED , ALHAMDULILAH . Tetapi orentasi ini hanya dijalankan selama 2 hari sahaja kerana Malaysia dilanda wabak covid19 so kena lah kuarantin sehingga 30/3 asalnya tetapi bila dah jangkitan meningkat dari hari kehari PM kita Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan sekali lagi PKP tambah lagi sehingga 14/4 tak lama lagi 24/4 puasa sudah tapi itulah kita semua diduga saya harap Malaysia akan kembali seperti sediakala Amin . Jadi kisahnya orentasi pun ditangguhkan dan sudah habis pun 2/4/ haritu so kita tunggu lah next apa akan jadi . Doa yang baik baik ya , saya doakan juga apa yang korang impikan jadi kenyataan jangan berputus asa taat pada ibu dan ayah , solat jangan penah tinggal dan berbuat baik lah pada sesiapa pun . Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua ya , InsyaAllah jika ada cerita best saya up lagi .

Assalamualaikum 


TEMU DUGA PEMBANTU PENGUASA KASTAM

Assalamualaikum wbt.


Apa khabar sekali lagi kawan kawan , so blog saya sebelum ni adalah pengalaman saya waktu ujian fizikal okay selepas saya dah dapat keputusan lulus ujian fizikal seterusya saya perlu bersedia dari segi mental untuk menghadiri temuduga .


Pada 12/11 saya dapat email bahawasanya tarikh temuduga 25/11 jadi kat situ dia bagi kita masa yang panjang untuk kita study pasal kastam . Jadi korang kena lah siap sedia sebab tak semua soalan sama tak tentu juga . So apa yang saya buat adalah research kat google dan bertanyakan pada yang mempunyai pengalaman temuduga . Hah lagi satu pengenalan diri korang pun penting juga kalau boleh biarlah ayat terususun jangan gagap dan tonggang terbalik atau HAH , ERMM , ERK dan sebagainya .  Okay ini adalah apa yang saya faham dan hafal .

1- Sila kenalkan diri dan perjalanan pendidikan anda ?
2- Apakah pencapaian yang anda ada ?
3- Sekiranya anda dipilih apakah sumbangan yang akan anda berikan ?
4- Apakah tugas-tugas Pembantu Penguasa Kastam ?
5- Apakah fungsi kastam ?
6- JKDM dibawah kementrian apa ?
7- Terangkan maksud integriti ?
8- Apakah matlamat jangka masa panjang dan pendek anda ?
9- Terangkan visi , misi dan etika JKDM ?
10- Apakah persediaan yang anda buat sebelum temuduga ?
11- Siapakah ketua pengarah kastam dan timbalan ?
12- Siapakah menteri dalam negeri dan timbalan ?
13- Siapakah menteri kewangan malaysia ?
14- Siapakah ketua pengarah johor ?
15- Apakah kelebihan dan kelemahan anda ?
16- Kenapa anda memilih kerja ini ?
17- Dimana ibu pejabat kastam malaysia ?
18- Jelaskan zon bebas ?
19- Kenapa kami perlu ambil anda ?
20- Apakah sumbangan kastam kepada negara ?
21- Kastam pungut cukai jenis apa ?
22- Terangkan perbezaan antara cukai LHDN dan kastam ?
23- Apa itu SST ?
24- Apakah isu semasa yang anda tahu ?

okay baik itu adalah antara soalan yang saya hafal dari hari ke hari jam ke jam maksudnya kalau saya ada masa terluang mesti saya akan baca , faham dan ingat tips nya adalah satu hari sy hafal 5 soalan so  4 hari tu adalah soalan yang berbeza beza , biasalah kan kalau kita dah menghafal cakap sorang sorang tu memang wajib lah kan atau pun mintak adik tanya soalan kita hafal konon konon kita pratice nak temuduga gitu . Sebab mesti ramai persaing jadi kalau kita nak sesuatu tu kena lah berkorban masa untuk study , focus dan juga jangan berhenti untuk berdoa supaya Allah permudahkan urusan kita semua .


Korang tengok lah bilangan kekosongan dan bilangan simpanan tu . so yahhh persaing kalini mesti ramai dan hebat belaka . Hari semakin dekat saya berdebar gitu , Okay jom cerita waktu saya ditemuduga . Saya ditemani oleh Ibu dan Ayah sebab bila mereka ada Insyaallah saya kan berasa tenang , sebab saya memang memerlukan sokongan dari mereka , alhamdulilah Ibu dan ayah apply cuti untuk teman saya . Disitu terpapar waktu temuduga pukul 8:00pagi tetapi saya sampai 7:15pagi masa tu tunggu luar dulu sebab sorang sorang kan jadi apabila saya dah nampak orang hampir ramai parking saya pun masuk dan daftar . Benda yang mengejutkan saya adalah , saya orang yang pertama ditemuduga lagilah laju jantung saya waktu tu , waktu daftar 7:24pagi saya ingat ke dia ikut nama rupanya siapa datang dulu dia yang ditemuduga dahulu okay masa daftar tu dia mintak dokumen yang penting . Korang kena susun baik baik sijil tu supaya panel senang nak tengok saya buat macam ni . Saya bawa sijil asal dan salinan fotostat . Ikut apa yang mereka mintak jangan ada yang tertingal .

CONTOH saya susun :-

Temuduga Pembantu Penguasa Katam (page depan sekali)
Resume (ringkas dan padat pastikan bewarna sedap mata mandang dan bergambar)
Maklumat temuduga (yang korang dapat dekat email tu sila print dan masuk dalam file korang)
Maklumat Diri (kad pengenalan ori tu tampal kemas kemas dekat kertas dan masuk dalam file)
Sijil kelahiran (yang ini pun sama nak yang ori letak dalam file)
Maklumat pendidikan ( PMR , SPM dan DIPLOMA)
Sijil berhenti sekolah (ori juga warna hijau kalau korang taktahu warna apa saya hijau)
Transkrip Akademi (jika ada letak sekali )
Sijil Akademik , Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan (segala kokurikulum apa apa penglibatan)

Okay ? so lepas dah semak semua dokumen di meja pendaftaran mereka mintak saya timbang badan dan ukur tinggi saya ingat ke waktu fizikal tu dah settle rupanya nak temuduga pun dia ambil BMI . Fuhh nasib baik bmi saya ngam ngam 19 haritu 20 okay jam pula sudah menunjukan 7:48pagi ada berapa minit lagi saja saya akan ditemuduga .

Baik . SHARP 8:00pagi pertama sekali ketuk pintu dengar mereka kata masuk baru masuk okay jangan terjah macam balik kampung jumpa mak pula , kesian panel tu nanti terkejut . Okay jalan dengan penuh yakin dan senyum , pergi dekat 2 orang panel beri fail dan jalan ke kerusi mereka kata duduk baru duduk okay ? Please kalau duduk tu jangan sandar make sure kedepan sikit badan tegak dan kedua tangan atas peha . Soalan pertama mereka adalah

Bismillah

Panel 1 : Cik sampai pukul berapa
Saya : saya sampai 7:24pagi (saya bagitahu waktu saya daftar sebab mereka catat waktu)
Panel 1  : Sila perkenalkan diri awak ?
Saya : Assalamualaikum selamat pagi (mention nama panel sebab mereka pakai tag kan then kenalkan diri tu) .....
Panel 1 : Boleh saya tahu awak kerja apa dan apa maksud AP ? sebab kereta kan ada kena mengena pasal kastam . Saya nak awak terangkan apa yang awak faham
Saya : Saya kerja company dealer AP tu adalah tahun dan jenis kereta (waktu tu saya main jawab je sebab saya tak tahu selama ni saya kerja just photostet je AP tu tak pernah pula nak baca atau belek aduhhh awal lagi dah kena saiko okay so jiwa kena kental , pastu balik rumah baru lah saya google Allahu sedih uolasz :( )
Panel 1 : Ya betul tapi saya nak awak terangkan lagi secara terperinci
Saya : Maaf puan saya kurang tahu (perasaan saya macam hmm tak apalah yelah tak sangka dia tanya pasal kerja kita :( its okay so korang study sikit pasal kerja korang tah ada kaitan dengan kastam ke cukai ke then korang dah bersedia)
Panel 1 : Ayah Ibu kerja apa?
Saya : Ayah kerja ...... Ibu kerja .......
Panel 2 : Apakah tugas tugas pembantu penguasa kastam ?
Saya : Tugas tugas mereka adalah bertanggungjawab .......
Panel 1 : Macam robot awak baca sebijik sebijik ea
Saya : Maaf puan saya baca apa yang ada di SPA (haha macam mana tak laju sebab tadi tak dapat jawab soalan panel so kalini kena jawab betul tepat dan jelas)
Panel 2 : Apakah fungsi kastam ? mereka ni buat apa je ?
Saya : Okay baik , mereka menjalankan ......
Panel 2 : Selain cukai kastam cukai apa lagi ada ? serta terangkan perbezaannya
Saya : Selain cukai kastam di malaysia juga ada cukai dari ........
Panel 2 : Berikan saya jenis jenis cukai ?
Saya : Ianya terbahagi kepada dua cukai  ...... (panel 2 angguk sahaja dan catat dekat kertas yang mereka ada)
Panel 1 : Okay siapa yang buat cukai tu ?
Saya : Maaf puan saya tidak tahu (waktu ni tak jangka lagi tidak sangka pula dia tanya saya siapa buat semua cukai ni nampak tak panel 1 suka tanya soalan yang lagi terperinci bila kita dah boleh jawab soalan lain dia akan cut serta tanya dan tanya lagi , kalau tak tahu jujur je kalau tak teruk nanti kena saiko)
Panel 1 : Baik cik saya nak tanya ni contoh lah awak sedang bertugas kemudian waktu awak dah habis , lepas tu awak dapat panggilan dari rakan dia kata dia nak g dating dia mintak awak ganti dia . Jadi apa tindakan awak ?
Saya : Baik lah bagi pandangan saya jika saya ...... (waktu saya terangkan panel 1 dan panel 2 dengar serta angguk angguk sahaja saya tak tahu lah ada silap cakap atau tidak ini adalah pandangan saya sahaja waktu korang nak explain tu eye contact penting tau jadi please pandang dua dua panel jangan sorang je berani kan diri tengok dua dua okay?)
Panel 1 : Baiklah itu sahaja saya nak tanya kenapa pakai baju macam ni nak pergi sekolah agama ke ? sekolah agama habis tak hahaha ?
Saya : Pakaian saya formal puan (dokkkk waktu tu saya tahan je gelak kalau saya gelak terbahak bahak kantoi lah seorang yang tidak siriussss gitu so panel ni saja test saya . Maksud dia sekolah agama tu saya pakai semua plain tak bunga bunga atau blink blink mahupun warna mantol pakai biasa biasa je tauuu :D)
Panel 1 : Formal ? mana awak tahu ?
Saya : Maaf puan sebelum saya temuduga saya ada bertanyakan kepada orang yang mempunyai pengalaman temuduga . Jadi saya ikut tips mereka .
Panel 1 : Okay faham , jadi itu sahaja lah terima kasih apa apa pihak kami akan hubungi cik .
Saya : (waktu ni saya rasa macam sekejap rasa tak sampai 15min so macam aik sekejap nya itu je ke soalan so saya dah nak bangun tapi saya duduk balik sebab ada soalan yang saya tanya
Panel 1 & 2 : (Kemas kemas kertas)
Saya : Mintak maaf puan (sebut nama) boleh saya ajukan soalan ?
Panel 1 : Ya ? Silakan
Saya : Apakah yang dicari dari seseorang calon yang ideal ?
Panel 1 : Okay baik macam ni , apa yang kami cari adalah .... (part ni saya tak ingat sangat)
Saya : Baik puan saya sudah faham dan apa yang puan terangkan amat jelas terima kasih (ambil beg bangun jalan ke depan amek fail guna dua tangan tunduk kan sikit badan serta berjabat tangan kedua dua panel dan senyum serta ucap Assalamualaikum)

Jadi itu sahaja lah soalan yang mereka tanya korang rajin rajin lah google tau jangan malas usaha lebih masa . Waktu saya keluar je Ibu terkejut sebab tanya kenapa sekejap sangat , Saya jawab lah mungkin mereka nak tengok kakak punya confident dan cara bercakap (sedapkan hati) . Oh tahniah anak ibu sebab temuduga harini , alhamdulilah Allah permudahkan semuanya . Itu sahaja ya kawan kawan jadi tunggu lah result nya macam mana .

Jangan berhenti untuk doa , solat dan tawakal . Jika korang ada rezeki lebih sikit tu boleh lah sedekah pada orang kurang senang atau kurang upaya . Saya doakan juga korang korang yang mempunyai cita cita macam saya nak jadi seorang penjawat awam , GOOD LUCK jangan putus asa OKAY .

Assalamualaikum .

UJIAN FIZIKAL

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar kawan kawan , so kat sini saya nak share pengalaman saya cerita ni agak panjang if korang suka baca elok elok ya semoga korang boleh study mana yang perlu . Okay so kita mula dulu dari fizikal .


Pada 5/9 saya dapat email untuk ujian fizikal so masa tu kan lebih kurang satu minggu untuk buat persediaan fizikal , jadi saya balik kerja pukul 6ptg lepas balik tu singgah lah taman saya buat apa yang dia beri . BMI penting tau kawan kawan kena sama balance tinggi dan berat tak boleh lebih tak boleh kurang so masatu saya makan memang berjaga jaga lah nak maintain kan badan punya pasal .


Okay so pada hari kejadian , pukul 7:00pagi saya sudah sampai sebab nya adalah kita wajib sampai awal supaya nampak lah diri kita ni dalam keadaan sedia betul betul berminat dan semangat lagi satu ramai so kalau sampai lewat sudah mesti habis pun lewat . So mereka check tinggi berat kemudian baru check mata kalau rabun jangan pakai lens sebab mereka suruh korang tonyoh mata tu kuat kuat so susah sikit nak tipu part mata , kemudian pengecaman warna macam kena baca nombor kat satu buku tu . Selepas dah pass semua tu dorang akan test telinga korang tau dorang sebut nama then kita kena balas SAYA TUAN ! siapa tak jawab sah sah ada masalah pendengaran atau tak focus so please ALERT . Then , kalau dah lepas bmi , mata dan pendengaran baru lah check tubuh badan dan gaya berjalan . Masa check tubuh badan mereka sangat peka sebab tak nak ada kesan jahitan atau ada besi dalam badan jadi semua kena berada dalam keadaan yang baik kaki dan tangan tak boleh sengget/bengkok , lepas tu baru lah berjalan dan berkawad . Baik setelah selesai part fizikal dan pancaindera . Disini lah bermulanya kecergasan korang pertama sekali kena lompat jauh berdiri dia bagi 3 kali sahaja kali ke4 tak lepas out kalau yang okay bagi korang peluang cuba sampai dapat memang rezeki korang depends juga lah ya . Kedua lari ulang alik 4x10meter ni kena lari laju ramai juga yang lepas pada waktu itu . ketiga bangun tubi dalam masa 2minit ni korang rajin rajin lah buat kat rumah dulu supaya ringgan sikit nak buat . Last kena lari 2.4KM bersamaan 6kali pusingan padang bola sepak waktu panas panas terik okay , so kena lah tahan kalau tak tahan nanti waktu latihan pun sama juga kena kawad waktu panas terik matahari terpacak atas kepala . So tamat lah ujian pemeriksaan fizikal jadi next tunggu result dia macam mana .

Alhamdulilah saya lepas untuk fizikal waktu tu email sampai 29/9 so seterusnya adalah persediaan untuk temuduga pula , FUHH kalini mental kena kuat . So untuk temuduga boleh riki riki next story saya ya .