Assalamualaikum wbt.
Apa khabar kawan kawan , so kat sini saya nak share pengalaman saya cerita ni agak panjang if korang suka baca elok elok ya semoga korang boleh study mana yang perlu . Okay so kita mula dulu dari fizikal .
Pada 5/9 saya dapat email untuk ujian fizikal so masa tu kan lebih kurang satu minggu untuk buat persediaan fizikal , jadi saya balik kerja pukul 6ptg lepas balik tu singgah lah taman saya buat apa yang dia beri . BMI penting tau kawan kawan kena sama balance tinggi dan berat tak boleh lebih tak boleh kurang so masatu saya makan memang berjaga jaga lah nak maintain kan badan punya pasal .
Okay so pada hari kejadian , pukul 7:00pagi saya sudah sampai sebab nya adalah kita wajib sampai awal supaya nampak lah diri kita ni dalam keadaan sedia betul betul berminat dan semangat lagi satu ramai so kalau sampai lewat sudah mesti habis pun lewat . So mereka check tinggi berat kemudian baru check mata kalau rabun jangan pakai lens sebab mereka suruh korang tonyoh mata tu kuat kuat so susah sikit nak tipu part mata , kemudian pengecaman warna macam kena baca nombor kat satu buku tu . Selepas dah pass semua tu dorang akan test telinga korang tau dorang sebut nama then kita kena balas SAYA TUAN ! siapa tak jawab sah sah ada masalah pendengaran atau tak focus so please ALERT . Then , kalau dah lepas bmi , mata dan pendengaran baru lah check tubuh badan dan gaya berjalan . Masa check tubuh badan mereka sangat peka sebab tak nak ada kesan jahitan atau ada besi dalam badan jadi semua kena berada dalam keadaan yang baik kaki dan tangan tak boleh sengget/bengkok , lepas tu baru lah berjalan dan berkawad . Baik setelah selesai part fizikal dan pancaindera . Disini lah bermulanya kecergasan korang pertama sekali kena lompat jauh berdiri dia bagi 3 kali sahaja kali ke4 tak lepas out kalau yang okay bagi korang peluang cuba sampai dapat memang rezeki korang depends juga lah ya . Kedua lari ulang alik 4x10meter ni kena lari laju ramai juga yang lepas pada waktu itu . ketiga bangun tubi dalam masa 2minit ni korang rajin rajin lah buat kat rumah dulu supaya ringgan sikit nak buat . Last kena lari 2.4KM bersamaan 6kali pusingan padang bola sepak waktu panas panas terik okay , so kena lah tahan kalau tak tahan nanti waktu latihan pun sama juga kena kawad waktu panas terik matahari terpacak atas kepala . So tamat lah ujian pemeriksaan fizikal jadi next tunggu result dia macam mana .
Alhamdulilah saya lepas untuk fizikal waktu tu email sampai 29/9 so seterusnya adalah persediaan untuk temuduga pula , FUHH kalini mental kena kuat . So untuk temuduga boleh riki riki next story saya ya .